PERKHIDMATAN KAMI
Lesen SPAN
Permit SPAN adalah sejenis lesen untuk menjalankan sesebuah kerja yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu sendiri.

LESEN SPAN
Apa Itu Lesen SPAN?
Sejenis lesen yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menjalankan kerja-kerja tertentu. Lesen ini mempunyai pelbagai kelas dan kategori kerja yang khusus. Pemilihan kontraktor dilakukan melalui proses TENDER yang adil dan saksama untuk menilai kemampuan syarikat menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
LESEN SPAN
Jenis-jenis Permit SPAN
Untuk kerja pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian, atau pembaikan paip air dan kelengkapan air yang menyalurkan atau akan menyalurkan air dari paip utama.
Jenis A1
Pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian, atau pembaikan seksyen paip air perkhidmatan selepas titik meter dan perpaipan dalaman.
Jenis A2
Pembinaan, penyambungan, pengubahsuaian, atau pembaikan sistem bekalan air seperti yang dinyatakan di bawah Jenis A1 dan paip perhubungan.
Untuk kerja menyambungkan suatu sambungan persendirian kepada suatu pembetungan atau tempat merawat kumbahan.
Untuk kerja pembinaan, pemasangan, atau pengubahsuaian kepada mana-mana bahagian sistem bekalan air atau sistem pembetungan.
- Jenis C1: Tender dan/atau projek melebihi RM10,000,000.
- Jenis C2: Tender dan/atau projek melebihi RM2,000,000 tetapi tidak melebihi RM10,000,000.
- Jenis C3: Tender dan/atau projek melebihi RM200,000 tetapi tidak melebihi RM2,000,000.
- Jenis C4: Tender dan/atau projek tidak melebihi RM200,000.
Untuk kerja perkhidmatan penyenggaraan bagi sistem bekalan air atau sistem pembetungan tetapi tidak melibatkan pengendalian sistem tersebut.