PERKHIDMATAN KAMI
Pendaftaran Lesen CIDB
Berkuatkuasa mulai 20 Julai 1995, adalah wajib bagi semua kontraktor tempatan untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB di bawah Seksyen 25 akta 520 (Pindaan 2011).

PENDAFTARAN LESEN CIDB
Apa Itu Lesen CIDB?
Lesen CIDB atau lebih dikenali sebagai lesen kontraktor CIDB adalah slip akuan atau sijil bagi seseorang yang ingin menjalankan dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan. Kontraktor ini perlulah terlebih dahulu berdaftar mengikut akta pembinaan.
LESEN CIDB
Jenis-jenis Lesen CIDB
Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)
Wajib bagi kontraktor untuk berdaftar dengan CIDB sekiranya terlibat dengan kerja-kerja pembinaan. Untuk memohon PPK, anda perlu memiliki SSM.
Sijil Perakuan Kerja Kerajaan (SPKK)
Penama SPKK adalah individu warganegara Malaysia seperti pemilik perniagaan, ahli lembaga pengarah, pengarah, ahli koperasi, atau kakitangan sepenuh masa. Untuk memohon SPKK, syarikat mesti beroperasi lebih dari 3 tahun.
Sijil Taraf Bumiputera (STB)
Syarikat atau perniagaan dengan semua pemilik berstatus bumiputera layak memohon. Sijil ini diperlukan apabila ingin memohon tender kerajaan.
LESEN CIDB
Gred CIDB
Gred CIDB adalah kategori yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengklasifikasikan syarikat kontraktor berdasarkan kemampuan kewangan dan keupayaan melaksanakan projek. Setiap gred menentukan had nilai projek yang boleh dijalankan oleh syarikat tersebut serta kawasan operasi mereka.

PENDAFTARAN LESEN CIDB
Syarat Memohon Lesen CIDB
- Berdaftar Dengan SSM
- Penyata Bank (Mengikut Gred)
- Sijil Teknikal Berkaitan
- IC Pemilik
- Syarat Tambahan Untuk Kod Bidang Berkaitan

APA ITU SCORE?
SCORE (Program Penilaian Keupayaan dan Kemampuan Kontraktor)
Program ini menilai keupayaan dan kemampuan kontraktor. Untuk lesen G2-G4, syarikat perlu mendapat penarafan minimum 2 bintang. Untuk G5-G7, penarafan minimum adalah 3 bintang.
Apa Itu MCORE?
Untuk lesen G1, program penilaian ini tidak wajib untuk memohon SPKK. Penilaian berdasarkan keupayaan kewangan, teknikal, operasi perniagaan, dan pengurusan perniagaan.
Kenapa Perlu SCORE dan SPKK?
Pada 15 Oktober 2012, kerajaan melaksanakan Sistem Satu Pendaftaran Kontraktor. Semua lesen kontraktor dari PKK diganti dengan SPKK oleh CIDB. SPKK diperlukan untuk menyertai tender kerajaan.
Syarikat juga perlu memiliki penarafan SCORE minimum 2 bintang. Jika SCORE tidak memenuhi syarat, anda tidak boleh memohon SPKK.
Parameter Yang Dinilai
LANGKAH UNTUK MEMESAN
Kami Menyediakan Langkah
Mudah dan Ringkas
Sediakan Dokumen
IC, SSM dan Penyata Kewangan
Hantar
Hantar 3 dokumen ringkas tersebut melalui whatsapp atau email kami
Proses
Kami akan memproses lesen anda dalam 7 hari bekerja
Lulus
Terima surat lulus dari CIDB