PERKHIDMATAN KAMI
Pendaftaran Lesen MOF
Lesen Kementerian Kewangan (MOF) adalah wajib bagi pembekal yang ingin menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan melalui sistem ePerolehan. Dengan lesen ini, syarikat anda dapat menghantar tender, menyemak status permohonan, dan menerima pembayaran secara atas talian. Pastikan syarikat anda mematuhi semua syarat pendaftaran untuk memudahkan urusan perniagaan dengan kerajaan.

PENDAFTARAN LESEN MOF
Apa Itu ePerolehan?
ePerolehan adalah sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Internet. Sistem ini:
- Berfungsi sebagai medium alternatif untuk mendaftar atau memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
- Menjimatkan kos, masa, dan tenaga dengan mengaplikasikan konsep “paperless” (bebas kertas).
ePerolehan
Perkhidmatan dalam ePerolehan
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)

LESEN MOF
Perkhidmatan Pendaftaran Lesen MOF
Kami menawarkan beberapa perkhidmatan untuk pendaftaran lesen MOF, termasuk:
Daftar Baru
Pembaharuan
Tambah Kod Bidang
Kemas Kini Maklumat Syarikat
Permohonan Taraf Bumiputera
Daftar/Renew Soft Cert
AKAUN MOF
Untuk Pembekal
Akaun MOF diperlukan bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan, sama ada nilai transaksi sehingga RM20,000 atau lebih.
Terdapat dua jenis pembekal:
Kontraktor: Untuk perolehan bekalan & perkhidmatan bukan perunding dengan Kerajaan Persekutuan atau lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan).
Perunding: Untuk perolehan perkhidmatan perunding dengan Kerajaan Persekutuan.
Tempoh Sah Laku:
- Akaun MOF sah untuk tempoh 3 tahun.
LESEN MOF
Syarat Permohonan MOF
Untuk Perniagaan ROB (Enterprise/Trading/Resources)
Untuk Syarikat ROC (Sendirian Berhad, Holding dll):
- Borang D/E SSM dan maklumat pemilik & perniagaan yang masih sah.
- Penyata bank akaun semasa syarikat dengan baki sekurang-kurangnya RM2,500.00.
- Salinan kad pengenalan semua pemilik syarikat.
- Salinan kad pengenalan pekerja.
- Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil atau dokumen hak milik/surat kebenaran pemilik premis.
- Borang 9 atau 13 yang disahkan oleh setiausaha syarikat.
- Borang Pindah Milik Saham (32A) atau Section 105 yang dimatikan setem (jika berkenaan).
- Form of Annual Return (Section 68) terkini untuk syarikat berusia lebih dari 1 tahun kewangan (modal berbayar minima RM2,500.00).
- Memorandum dan Articles of Association (M&A) atau Form Application for Registration of Company (section 14).
- Penyata akaun bank semasa syarikat satu bulan terkini.
- Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun syarikat.
- Salinan kad pengenalan atau pasport semua pengarah dan pemilik saham syarikat.
- Penyata/Borang A & resit bayaran KWSP pekerja bagi bulan terkini.
- Salinan kad pengenalan pekerja syarikat.
- Perjanjian sewa premis yang dimatikan setem hasil atau dokumen hak milik/surat kebenaran pemilik premis.