PERKHIDMATAN KAMI

Pendaftaran SSM

Mendaftarkan perniagaan adalah perlu bagi membuktikan perniagaan itu muktamad, sah dan diperakui oleh undang-undang bagi menjalankan kontrak dengan pihak bank, agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

PENDAFTARAN SSM

Jenis Entiti Perniagaan

Usahawan atau bakal usahawan boleh memilih untuk memulakan perniagaan melalui entiti-entiti perniagaan berikut:

  1. Milikan Tunggal atau Perkongsian di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197)
  2. Syarikat Berhad menurut Syer, Syarikat Berhad menurut Jaminan, dan Syarikat Tidak Terhad di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777)
  3. Perkongsian Liabiliti Terhad di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012
  4. Koperasi

MAKLUMAT PEDAFTARAN PERNIAGAAN

Syarat-syarat Mendaftarkan Perniagaan

  1. Perniagaan yang didaftarkan mesti memenuhi Seksyen 2: Tafsiran “perniagaan” di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 & Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
  2. Pemilik perniagaan mesti warganegara atau penduduk tetap yang berumur 18 tahun ke atas.
  3. Perniagaan mesti beroperasi di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Prosedur Pendaftaran Perniagaan

  1. Pemilik atau rakan kongsi mesti mendaftarkan perniagaan (milikan tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
  2. Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan:
    • Nama Sendiri: Perniagaan menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan. (Contoh: Ali Bin Ahmad)
    • Nama Tred: Perniagaan menggunakan nama tred yang direka bagi tujuan komersial. (Contoh: Indah Maju Construction, Restoran Seri Nelayan, Nirmala Trading & Services)